Malaysian Association of Qatar

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Siri Ceramah Agama bersama Ustaz Dr. Abdullah Yassin

E-mail Print

Assalamualaikum wrt wbkt,

Alhamdulillah, sesi ceramah-ceramah agama bersama Ustaz Dr. Abdullah Yassin akan diadakan sekali lagi di bumi Qatar.

Insya-Allah, beliau akan berada di Qatar dari 25 - 28hb Februari 2010. Program adalah seperti dibawah.


Maklumat lanjut mengenai setiap program akan diberikan dalam waktu terdekat.

Semua rakyat Malaysia beragama Islam di Qatar adalah dijemput hadir.

KHAMIS : 25 FEBRUARI 2010
9:00 pg - 11:00 pg: Ceramah Umum Kaum Ibu - Ciri-ciri Keluarga Islam, JB2 Compound Club House, West Bay Lagoon
7:30 mlm - 10:00 mlm: Tazkirah - Memahami Sunnah Dan Bid’ah Dalam Peribadatan, Indian School Al-Khor

JUMAAT - 26 FEBRUARI 2010
9.30 -10.00 pg: Ceramah Perdana - Amaran dan Janji Allah Pada Umat Manusia, Jelaiyah Compound
7:30 mlm - 10:00 mlm: Ceramah Umum - Kemurnian Aqidah Jalan Ke Syurga Club House, AL-FANAR Auditorium

SABTU - 27 FEBRUARI 2010
10:00 pg - 12:00 tgh: Ceramah Umum - Memahami Tuntutan Aqidah, Feqah dan Adat Di Dalam Kehidupan Harian, Dukhan
7:30 mlm - 10:00 mlm: Ceramah Umum - Taubat : Pengertian Dan Cara-caranya, Umm Saeed/Wakra



b/p penganjur


Tarikh : 27/02/2010

Kepada Seluruh Kaum Muslimin Indonesia dan Malaysia di Wakra dan Messaieed dan Doha sekitarnya

ﺍﻠﺴﻼﻡ ﻋﻠﻴﻜﻡ ﻮﺮﺤﻤﺔﺍﷲ ﻮﺑﺮﻜﺎﺗﺔ

Ikhwan fillah menyampaikan amanat dari Ust. Isnan dan Bpk. Abdul Basit (Komunitas Malaysia) mengenai jadwal ceramah Ust. Abdullah Yasin yang insyaAllah akan dilaksanakan di Masjid Ust. Murzan - Al-Wakrah pada tanggal 27 Februari 2010 Ba'da Sholat Isya, singkatnya direncanakan Ust. Abdullah Yasin akan sholat Isya berjamaah di Masjid tsb dan kemudian langsung mengadakan ceramah umum, tempat Ikhwan dan akhwat akan dipisah.

Untuk itu mohon bantuan ikhwan semua untuk menyebarkan undangan ini (terlampir) kepada masing-masing komunitas/kajian rutin.

Demikianlah pemberitahuan singkat, semoga Allah Azza wa jalla memudahkan urusan kita semua.

Jazakallahu Khoir

Sedikit latarbelakang mengenai Dr. Abdullah bin Yasin :

Dr. Abdullah bin Yasin telah dilahirkan di Batam, Riau, Indonesia pada 1946. Beliau mendapat pendidikan peringkat BA di Institut Agama Islam Pekan Baru dan seterusnya melanjutkan pelajarannya (LC) di bidang Dakwah Usuluddin (1976) di Universiti Madinah. Selanjutnya beliau meneruskan pelajarannya didalam bidang Ilmu Fiqh (1980) di Universiti Imam Mohammad Ibnu Sa'ud di Riyadh, Arab Saudi. Dr Abdullah Yassin dianugerahkan PhD di dalam Islamic Stidies (1994) dari American Coastline University New Orleans, Lousiana.


" Tetapi, lama-kelamaan, terasa keunikan beliau. Beliau menyampaikan ilmunya seolah-olah seorang ayah sedang memberi nasihat kepada anak-anaknya. Ditambah dengan kata ganti diri 'ustaz' untuk diri beliau sendiri, dan loghat bahasa ibunda beliau, iaitu Indonesia, bahasa menjadi begitu indah dan terasa beliau begitu dekat di hati kami. Ilmu-ilmu beliau yang dirujuk kepada Al-Qur'an dan As-Sunnah yang shahih itu disulam rapi dalam bahasa yang begitu indah ".

Jemaah Dr Abdullah bin Yassin, Malaysia



Marilah kita bersama-sama memanfaatkan peluang ini, menambahkan lagi pengetahuan kita mengenai ilmu Allah seterusnya merapatkan lagi ukhwah sesama kita. Harap dapat disebarkan ke rakan-rakan kita yang lain





 
MAQ 2009/2010