Malaysian Association of Qatar

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Pertandingan Esei Hari Kebangsaan 2009 - Final Reminder

E-mail Print

 

Tarikh : 25/10/2009

 

Ahli-ahli MAQ,

Pertandingan Esei Hari Kebangsaan telah dilanjutkan ke  30 October 2009. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi  Sekretariat Pertandingan, Shazwany (5490380) atau emel ke:  This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Pertandingan Esei dibuka kepada semua
anak ahli-ahli MAQ dan warganegara Malaysia. Pertandingan ini telah dibahagikan kepada dua kategori: Kategori A (Umur di bawah 9 tahun) dan Kategori B (Umur di bawah 15 tahun). Sila pilih salah satu dari tajuk di bawah:

Kategori A (Umur di bawah 9 tahun)

Tajuk 1 : Erti warna Jalur Gemilang

Tajuk 2 : Saya anak Merdeka

Tajuk 3 : Pengalaman Menyambut Hari Merdeka

Kategori B (Umur di bawah 15 tahun)

Tajuk 1 : Patriotisma untukmu Malaysia

Tajuk 2 : Malaysia di mataku

Tajuk 3 : Erti Kemerdekaan

Panjang esei tidak lebih daripada:

Kategori A: 80 - 120 patah perkataan sahaja.

Kategori B: 120 - 180 patah perkataan sahaja.

Hadiah- hadiah yang bakal dimenangi adalah seperti berikut bagi setiap kategori:
- Tempat pertama voucher tunai : QR 200
- Tempat kedua voucher tunai : QR 150
- Tempat ketiga voucher tunai: QR100


Salah satu contoh esei sebagai panduan adalah seperti berikut:

Saya masih ingat perayaan hari kemerdekaan yang saya pergi bersama ibu bapa saya pada dua tahun lalu. Pada masa itu, bapa saya masih bekerja di Malaysia. Ramai orang telah berkumpul di Dataran Putrajaya sejak pukul 7 pagi. Walaupun bersesak-sesak, saya berasa sangat gembira kerana dapat melihat persembahan kebudayaan dan perarakan berwarna-warni. Cuaca agak panas.
Tetapi semenjak berpindah ke Doha, tiada lagi perarakan hari Merdeka seperti dulu. Namun bapa saya membawa kami sekeluarga menyaksikan perayaan hari kebangsaan di Doha pada tahun lalu.
Saya tidak berapa mengetahui kenapa kita merayakan hari Merdeka. Bapa saya bercerita yang pada suatu masa dahulu, negara kita pernah dijajah oleh bangsa lain dan pernah berlaku peperangan seperti di Iraq dan Afghanistan sekarang. Saya bersyukur kerana kemerdekaan kita boleh hidup bebas dan aman makmur.



Tarikh : 03/09/2009

Sempena Hari Kebangsaan ke 52, MAQ menganjurkan Pertandingan Esei Hari kebangsaan bertujuan untuk menggalakkan budaya membaca dan mencungkil bakat penulisan yang bernas dari hasil pemikiran kritis di kalangan anak-anak ahli MAQ khasnya dan warganegara Malaysia di Qatar amnya.

Syarat-syarat pertandingan seperti yang dilampirkan dan tarikh tutup penyertaan adalah 15 Oktober 2009.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi  Sekretariat Pertandingan, Shazwany (5490380) atau emel ke: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it




Sekretariat Pertandingan,
MAQ 2009/10

 

Lampiran : Syarat-syarat Pertandingan


 
MAQ 2009/2010